O ALLAH, I THANK YOU FOR HAVING GUIDED ME TO ISLAM, AND I ASK YOU TO HELP ME TO INCREASE MY UNDERSTANDING AND PRACTICE OF ISLAM.. Allahumma ameen
haip! tangan tu.. gatal kn?
Tuesday, April 29, 2014
impian solehah
pernah sekali, seorang teman mendoakan agar aku
menjadi seorang isteri solehah buat suami suatu hari nanti. tapi, diri ini
sendiri sekali pun tah pernah mendoakan perkara seperti tu buat diri sendiri,
apatah lagi untuk orang lain.
yang aku tahu, cuma untuk mengejar cita-cita. untuk menjadi pensyarah kononnya, untuk
menjadi guru kononnya. kata aku ini, ingin membentuk anak muda, ingin mencorak
anak bangsa. to be part of the history.
tapi nanti, anak2
aku siapa yang nak bentuk? bukan ibubapa ke yang akan mencorak anak2? aku yang
begini, entah apa anak2 aku nanti.
tak pernah pula aku mahu berubah. supaya anak2 yang akan
aku punya nanti anak bangsa yang berjaya, anak bangsa yang soleh solehah, anak
bangsa yang bagus semuanya sekali.
aku angkuh,
aku ingat aku ini
dah cukup solehah dengan baca alquran sehelai sehari,
tapi, tajwid aku
berterabur. tak pernah aku berusaha nak betulkan.
aku ego,
rukun imam pun aku
dah lupa,
percaya kepada nabi
pun aku dah tak tahu rukun keberapa.
kisah2 nabi pun aku
tak ingat.
sungguh aku sombong,
aku hipokrit, aku sibuk laung pasal
aurat.
aku sarung baju kurung, aku sarung
jubah,
tapi tangan aku masih terbuntang,
aku beli stoking berpasang-pasang,
bila malam datang, stoking aku
hilang.
aku laung lagi, aku ajak teman2
jangan putus menuntut ilmu,
tapi aku jarang sekali nak pergi ke
taman2 syurga dunia,
tak pernah aku nak rebut peluang
yang ada.
waktu kelas di kampus, aku tak
dengar isi pelajaran,
jari aku, mata aku hanya pada
handphone,
otak aku, entah melayang kemana.
bila orang kata,
“ilmu itu, jangan dipandang pada
pointer”
lara dek kerana lalai,
aku study tak sesungguh keinginan,
tapi, aku tak pernah insaf.
waktu test, aku tetap tanya kawan.
biar, biar orang tahu
angkuh nya aku, sombong nya aku.
andai hari ini, andai esok aku pergi
pergi berjumpa Sang Pencipta, Sang
Pencinta Abadi
atas tiket apa untuk aku jejak kaki
ke syurga?
jihad? aku tak punya.
dakwah? aku tak pernah.
anak soleh? ibu ayah pun aku jarang
tanya khabar.
hafiz? satu dua ayat sahaja yg aku
ingat.
aku ingat aku sempat bertaubat di
hari senja aku nanti.
entah tiba, entah tidak waktu itu
nanti.
Allah, hati ini Engkau yang pegang.
tetapkanlah hati aku, hati2 saudara2 aku di jalan Mu.
Subscribe to:
Posts (Atom)