haip! tangan tu.. gatal kn?

Tuesday, April 29, 2014

impian solehah

pernah sekali, seorang teman mendoakan agar aku menjadi seorang isteri solehah buat suami suatu hari nanti. tapi, diri ini sendiri sekali pun tah pernah mendoakan perkara seperti tu buat diri sendiri, apatah lagi untuk orang lain.

yang aku tahu, cuma untuk mengejar cita-cita. untuk menjadi pensyarah kononnya, untuk menjadi guru kononnya. kata aku ini, ingin membentuk anak muda, ingin mencorak anak bangsa. to be part of the history.

tapi nanti, anak2 aku siapa yang nak bentuk? bukan ibubapa ke yang akan mencorak anak2? aku yang begini, entah apa anak2 aku nanti.

tak pernah pula aku mahu berubah. supaya anak2 yang akan aku punya nanti anak bangsa yang berjaya, anak bangsa yang soleh solehah, anak bangsa yang bagus semuanya sekali.


aku angkuh,

aku ingat aku ini dah cukup solehah dengan baca alquran sehelai sehari,

tapi, tajwid aku berterabur. tak pernah aku berusaha nak betulkan.

aku ego,

rukun imam pun aku dah lupa,

percaya kepada nabi pun aku dah tak tahu rukun keberapa.

kisah2 nabi pun aku tak ingat.

sungguh aku sombong,

aku hipokrit, aku sibuk laung pasal aurat.

aku sarung baju kurung, aku sarung jubah,

tapi tangan aku masih terbuntang,

aku beli stoking berpasang-pasang,

bila malam datang, stoking aku hilang.

aku laung lagi, aku ajak teman2 jangan putus menuntut ilmu,

tapi aku jarang sekali nak pergi ke taman2 syurga dunia,

tak pernah aku nak rebut peluang yang ada.

waktu kelas di kampus, aku tak dengar isi pelajaran,

jari aku, mata aku hanya pada handphone,

otak aku, entah melayang kemana.

bila orang kata,

“ilmu itu, jangan dipandang pada pointer”

aku senyum, ibarat aku pujuk lara hati ,

lara dek kerana lalai,

aku study tak sesungguh keinginan,

tapi, aku tak pernah insaf.

waktu test, aku tetap tanya kawan.

biar, biar orang tahu

angkuh nya aku, sombong nya aku.

andai hari ini, andai esok aku pergi

pergi berjumpa Sang Pencipta, Sang Pencinta Abadi

atas tiket apa untuk aku jejak kaki ke syurga?

jihad? aku tak punya.

dakwah? aku tak pernah.

anak soleh? ibu ayah pun aku jarang tanya khabar.

hafiz? satu dua ayat sahaja yg aku ingat.

aku ingat aku sempat bertaubat di hari senja aku nanti.

entah tiba, entah tidak waktu itu nanti.

 

 


Allah, hati ini Engkau yang pegang. tetapkanlah hati aku, hati2 saudara2 aku di jalan Mu.

No comments:

Post a Comment